Friday, March 20, 2009

Satu lagi tidak-tidur-malam.

Dah kol 12:53am, and aku still lagi tgh sibuk menaip keyboard laptop Dell aku ni. Tadi berita baru keluar pasal 5000 orang kena retrench dari Dell. Well, economy is sucks now. Walaupun kerja aku kat Diruntuh ni agak bosan sebab dah hampir berbulan2 asyik duk melangut jer, tapi aku masih bersyukur sebab masih ada sumber pendapatan tetap bulan2. Dapatlah bayar duit kete, duit moto, duit loan, duit Takaful, duit bil api bil air, duit topup dan duit buat belanja harian. (Banyak betul perkataan duit). 

Well, idea nak buat shared blog ni balik datang bila aku baca2 balik blog lama kat blogdrive. Ditambah pulak dgn aku pun tahun ni tak pernah blog langsung sebab malas gila nak update blog kat wp tu sebab wp lembab nak mampos. So dgn adanya shared blog ni, takdelah blog tu sangap je nak tunggu aku update sebulan skali. At least H rajin sket nak update blog ni dari aku. Tgk jelah blogdrive tu, almost 90% post dia jer. Hahahhaahahah... Tak kisahlah, janji ada update. 

Esok ada Safety Training. Bangang betul Weiwei ni. Kerja dah start barulah korang terhegeh-hegeh nak buat safety briefing lah, QC briefinglah... Before this kitorang duk melepak kat opis takde pulak nak buat! Tak organize langsung!!!! Aku yang dah sedap tarik kabel dan duduk atas kabel ladder kena pegi dgr briefing yang super mengantuk nih. Haihhh... Dahlah bilik tu aircond rosak, stuffy giler! Deyy.... dpt projek berbiliion2, aircond pun takleh nak repair ke Dol? Nasib baik amoi receptionist tu lenglui. Huhuhuhuhhuh!!! Esok dlm jadual abis kol 12tghari. So lepas smayang Jumaat takkan balik ofis? Gila x best! Tapi kena gak balik opis sebab nak print CIDB form. Yeay!!! Pasni ko takleh ah nak berlagak dgn aku H! Aku pun akan dpt green card pasni! Ko igt ko sorang jer ada green card? Huhuhuhuhuh.... Pastu aku boleh taruk safety helmet kat blakang kete mcm ramai engineer yang poyo buat. Lantaklah orang nak ckp poyo pun! Wakakakakaka!! Tak poyo sebnanye, safety helmet tu standby so bila ada spotcheck ke apa kat site, senang dah ada boleh amik dan pakai utk buat tayangan Spektra depan diorang. Wakakakaka...

Tak saba nak jam lagu Biffy Clyro lagi hari Ahad ni. Layan gila sial lagu ni!


2 comments: